Friday, April 27, 2007

Brain is No Ticket To Bucks

Read the article below and what do you think about it?? So mothers out there (I'm included) do not worry if your kids do not get staright As in their exams!!!

- Mark Henderson, April 26, 2007

A GREAT mind does not always make for a great bank balance, according to research that suggests the richest people are no cleverer than the rest of us. Scientists in the US have found that while average incomes tend to increase with IQ scores, intelligence has little to do with absolute wealth.

A high IQ also offers no protection against falling into heavy debt or other kinds of financial mismanagement. The very brightest are more likely to have money problems than those who are slightly above average intelligence.

The findings, from a team at Ohio State University, could reflect that many of the biggest fortunes are not amassed through steady accumulation of high salaries, but by means that are not influenced heavily by academic intelligence.

Most of the richest people in Australia are not salaried, but have amassed their fortunes as entrepreneurs or by inheritance. The research, led by Jay Zagorsky, has not yet examined in detail why IQ seems to be linked to income but not to wealth, though early indications suggest that differences in saving may be part of the answer.

"People don't become rich just because they are smart," Dr Zagorsky said. "Your IQ has really no relationship to your wealth. And being very smart does not protect you from getting into financial difficulty."

In the study, published in the journal Intelligence, Dr Zagorsky examined 7403 Americans who had been interviewed repeatedly since 1979. They were asked if they had ever reached their credit card limit, been declared bankrupt or missed paying bills for financial reasons. IQ was linked to income, with each extra IQ point worth between $US202 ($244) and> $US616 a year.

The average annual income difference between a person with a normal IQ, of 100, and a person in the top 2 per cent, with an IQ of 130, was between $US6000 and $US18,500. *The Times* http://theaustralian.news.com.au/story/0,20867,21622675-2702,00.html?from=public_rss

Tuesday, April 24, 2007

A Day at the Zoo










We started our outing at 10.30 in the morning last school holidays. By the time we enter the zoo (after buying tickets and all) it was already almost 11.00 o'clock. Faiz, Farhana & Rushaidi are all eager to look at tigers, giraffes and gorillas!!! (don't know why gorillas of all the animals - must be Disney's movie Tarzan influenced Farhana).


My hubby and me thot that it would be wise to got onto the tramp available at the gate entrance to have overview of the zoo first. But not even halfway when we got to the Flamingos' area my Farhana was all too excited to look at tigers, crocodile and foremost the GORILLA (oh yeah ... not again!!) Whining for us to get off the tramp so we can have a close up view of the animals. NO sorry dear that's what their 'abah' told them, be patient.

Here we were watching the Bird, Seal and Orang Utan shows. It was entertaining and very cute performance by the animals. However, because it was 11.00 o'clock (almost noon) the weather was kind of hot and too sunny!! Nevertheless, the kids and even the 'Bibik' had fun watching the cute performance by the animals and their trainers!!
Here we go, at the far back is a crocodile resting. See Rushaidi is all excited to see the croc!! Luckily it was not in action like eating an ayam or anything ... otherwise this boy will be even more excited!! I suppose he is more excited than Faiz or Farhana because it was his 1st time visiting the zoo and actually looking at the animals live. Normally, he sees these wild animals only on Disney or Discovery Channels.
We ended our visit at 2.00 pm, after roughly spending three hours looking at the animals (or is it the other way round...;)). By that time, the kids were all begging to go home coz too tired already. It was a fun outing to go to the zoo. Overall, Zoo Negara looks much better now compared to years ago during the last time I visited them. Not much of litters lying around but one thing for sure the visitors are all generous lot coz they feed whatever food they eat to the animals despite of the warning not to. Maybe Malaysians need to be educated that such generous act is actually harmful to the animals as they can get sick. Perhaps the Zoo Negara can also commercialize it by selling animal food in small packets near the respective cages. The end will be a win-win situation - visitors get to feed the animals, animals not only get to eat their proper food but also won't get stomach pain out of it.

Monday, April 23, 2007

Jadikan Anak Pintar Dengan Izin Allah

Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2. berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya..selamat mencuba!

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik . - bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Saya ingat lagi kat sekolah dulu org panggil saya mak enon. Malu sangat... rasa mcm tanak gi sekolah pun ade. Apatah pulak kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendri. Lagi la malu kan? Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari - ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak. Namanya pun budak...

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan - Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi...

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itumelakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan - mereka hanyakanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga - Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh - Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak lagi, kalau sesekali layan dia cakap rasa mcm kelakar. Saya penah jumpa dgn kawan anak saya umur baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logic je tapi seronok. Ala, mcm aznil Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tu jawab Zoo... untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibeli di tempat lain.

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya - ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya .Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali - ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri dalam satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt terbantut la proses pembelajaran dia.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even dalam rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak kedapur pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar mmg lah sah2 pegang sbb saya jenis serabut perut takut anak terlari tgh jalan ke.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka - jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulang tayang.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam - biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. nnt mereka rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kitaSama2 la kita berdoa agar anak2 menjadi penyejuk mata dalam kehidupan kita dan sebagai penenang hati didunia dan akhirat kelak. Salaaamm!! "wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggupkeNerakamu.. ..kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggaldunia"

Hak Isteri yg Harus Dipenuhi Suami

HAK ISTERI YANG HARUS DIPENUHI SUAMI: Mengajarnya Ilmu Agama

Oleh: Al-Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas.

MENGAJARKAN ILMU AGAMA Di antara hak seorang isteri yang harus dipenuhi suaminya adalah memberikan pendidikan dan pengajaran di dalam perkara agama. Dengan memahami dan mengamalkan agamanya, seseorang akan mendapatkan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Allah ‘Azza wa Jalla berfirman. "Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya Malaikat-malaikat yang kasar dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan mereka selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At-Tahrim : 6)

Menjaga keluarga daripada api neraka mengandungi maksud menasihati mereka agar taat, bertaqwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla dan mentauhidkan- Nya serta menjauhkan diri daripada syirik, mengajarkan kepada mereka tentang syari’at Islam, dan tentang adab-adabnya. Para Shahabat ra dan mufassirin menjelaskan tentang tafsir ayat tersebut sebagai berikut:
1. ‘Ali bin Abi Thalib radhiyallaahu ‘anhu berkata, “Ajarkanlah agama kepada keluarga kalian, dan ajarkan pula adab-adab Islam.”
2. Qatadah rahimahullaah berkata, “Suruhlah keluarga kalian untuk taat kepada Allah! Cegah mereka daripada berbuat maksiat! Hendaklah mereka melaksanakan perintah Allah dan bantulah mereka! Apabila kalian melihat mereka berbuat maksiaat, maka cegah dan laranglah mereka!”
3. Ibnu Jarir ath-Thabari rahimahullaah berkata: “Ajarkan keluarga kalian untuk taat kepada Allah ‘Azza wa Jalla yang (hal itu) dapat menyelamatkan diri mereka daripada api Neraka.”
4. Imam asy-Syaukani mengutip perkataan Ibnu Jarir: “Wajib atas kita untuk mengajarkan anak-anak kita Dienul Islam (agama Islam), serta mengajarkan kebaikan dan adab-adab Islam.”

Oleh kerana itu, menjadi kewajipan bagi seorang suami untuk membekali dirinya dengan thalabul ‘ilmi (menuntut ilmu syar’i) dengan menghadiri majlis-majlis ilmu yang mengajarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah sesuai dengan kefahaman Salafush Shalih -generasi yang terbaik, yang mendapat jaminan dari Allah-, sehingga dengan bekalan tersebut dia mampu mengajarkannya kepada isteri dan keluarganya. Jika dia tidak sanggup untuk mengajarkannya, hendaklah seorang suami mengajak isteri dan anaknya untuk bersama-sama hadir di dalam majlis ilmu yang mengajarkan Islam berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah menurut kefahaman Salafush Shalih, mendengarkan apa yang disampaikan, memahami dan mengamalkannya di dalam kehidupan seharian.

Dengan hadirnya suami dan isteri di dalam majlis ilmu, ia akan menjadikan mereka sekeluarga dapat memahami Islam dengan benar, beribadah dengan ikhlas mengharapkan wajah Allah ‘Azza wa Jalla semata serta sentiasa meneladani Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam. Insya Allah, hal ini akan memberikan manfaat dan berkah yang sangat banyak kerana suami mahupun isteri saling memahami hak dan kewajipannya sebagai hamba Allah. Dalam kehidupan yang serba materialistik seperti sekarang ini, ramai suami yang melalaikan diri dan keluarganya.

Berdalih mencari nafkah untuk menyara keluarganya, seraya dia mengabaikan kewajipan yang lainnya. Seolah-olah dia merasakan bahawa kewajipannya cukup hanya dengan memberikan nafkah berupa harta, kemudian nafkah batinnya, sedangkan pendidikan agama yang merupakan hal paling pokok tidak pernah dipedulikan. Seringkali si suami jarang berkumpul dengan keluarganya untuk menunaikan ibadah bersama-sama. Si suami pergi ke pejabat pada pagi hari selepas Shubuh dan kembali ke rumahnya larut malam.

Pola hidup seperti ini adalah pola hidup yang tidak baik. Tidak pernah atau jarang sekali dia membaca Al-Qur’an, kurang sekali memerhatikan isteri dan anaknya shalat, dan tidak memerhatikan pendidikan agama mereka sehari-hari.

Bahkan pendidikan anaknya dia letakkan kepercayaan sepenuhnya kepada pendidikan di sekolah, dan berbangga dengan sekolah-sekolah yang memungut yuran sangat mahal kerana alasan harga diri. Dia merasakan bahawa tugasnya sebagai orang tua telah dia tunaikan seluruhnya. Lantas bagaimana kita dapat mewujudkan anak yang shalih, sedangkan kita tahu bahawa salah satu kewajipan yang mulia seorang kepala rumah tangga adalah mendidik keluarganya.

Sementara tidak boleh kita nafikan juga bahwa pengaruh negatif dari lingkungan yang cukup kuat berupa media cetak dan elektronikseperti majalah, tabloid, televisyen, radio, VCD, serta peralatan hiburan lainnya sangat mudah mencemari fikiran dan perilaku si anak. Bahkan media ini mampu menjadi orang tua ketiga, maka kita harus mewaspadai media-media yang ada dan alat-alat permainan yang sangat berpengaruh buruk terhadap perilaku anak-anak kita.

Oleh kerana itu, kewajipan bagi seorang suami untuk memerhatikan pendidikan isteri dan anaknya, baik tentang Tauhid, shalat, bacaan Al-Qur’annya, pakaiannya, pergaulannya, serta bentuk-bentuk ibadah dan akhlak yang lainnya.

Ini kerana Islam telah mengajarkan semua sisi kehidupan, kewajipan kita untuk mempelajari dan mengamalkannya sesuai dengan Sunnah Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam.

Begitu pula kewajipan seorang isteri adalah membantu suaminya mendidik anak-anak di rumah dengan baik. Seorang isteri diperintahkan untuk tetap tinggal di rumah mengurus rumah dan anak-anak, serta menjauhkan diri dan keluarga daripada hal-hal yang bertentangan dengan syari’at Islam.

MENASIHATI ISTERI DENGAN CARA YANG BAIK

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah mewasiatkan agar berbuat baik kepada kaum wanita, berlaku lemah lembut dan sabar atas segala kekurangannya, kerana mereka diciptakan daripada tulang rusuk yang paling bengkok. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda. "Ertinya : Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, janganlah dia menyakiti tetangganya. Berwasiatlah kepada wanita dengan kebaikan. Ini kerana mereka diciptakan daripada tulang rusuk dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian atasnya. Jika engkau meluruskannya, engkau akan mematahkannya. Dan jika engkau membiarkannya, dia akan tetap bengkok. Oleh kerana itu, berwasiatlah kepada wanita dengan kebaikan.”

MENGIZINKANNYA KELUAR UNTUK KEPERLUAN YANG MENDESAK

Di antara hak isteri adalah suami mengizinkannya keluar untuk suatu keperluan yang mendesak, seperti pergi ke warung, pasar dan lainnya untuk membeli keperluan rumah tangga. Berdasarkan hadits Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam. "Ertinya : Sesungguhnya Allah telah mengizinkan kalian (para wanita) keluar (rumah) untuk keperluan (hajat) kalian.”

Tetapi, keluarnya mereka harus dengan beberapa syarat, iaitu:
1. Memakai hijab syar’i yang dapat menutupi seluruh aurat mereka.
2. Tidak ikhtilath (percampuran bebas) dengan kaum lelaki.
3. Tidak memakai wangi-wangian. Seorang suami pun dibolehkan untuk mengizinkan isterinya untuk menghadiri shalat berjama’ah di masjid apabila ketiga syarat di atas terpenuhi. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda. "Ertinya : Apabila isteri salah seorang daripada kalian meminta izin untuk pergi ke masjid, janganlah dia menghalanginya.”

Dalam hadits yang lain, Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda, "Ertinya : Janganlah kalian melarang para wanita hamba Allah mendatangi masjid-masjid Allah.”
(Disalin dari buku Bingkisan Istimewa Menuju Keluarga Sakinah, Penulis Yazid bin Abdul Qadir Jawas, Penerbit Putaka A-Taqwa Bogor - Jawa Barat, Cet Ke II Dzul Qa'dah 1427H/Desember 2006) Sumber almanhaj diedit oleh Abu Usamah ------------ --------- --------- --------- --------- -- [2] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 5185-5186) dan Muslim (no. 1468 (62)), dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu. [3] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 5237), dari ‘Aisyah radhiyallaahu ‘anha. [4] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 5238), Muslim (no. 442 (134)), at-Tirmidzi (no. 570), an-Nasa-i (II/42) dan Ibnu Majah (no. 16), dari Ibnu ‘Umar radhiyallaahu ‘anhuma. [5] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 900), Muslim (no. 442 (136)), at-Tirmidzi (no. 570) dan an-Nasa-i (II/42), dari Shahabat Ibnu ‘Umar radhiyallaahu ‘anhuma.